awak,
saya rindu sangat kat awak,
saya tak tahu kenapa kali ini saya terlalu rindukan awak..
awak tinggalkan saya sudah hampir 2 minggu..
awak pergi berjauhan dengan saya kerana ke luar negara atas urusan kerja..
tak mengapa awak,saya faham situasi kerja awak..
memang sebelum ini awak sering tinggalkan saya,
tapi kali ini saya berasa sangat berbeza..
saya sendiri tak tahu...
setiap detik dan saat saya pasti teringatkan awak,
tambahan pula sekarang saya berada di ipoh kerana bercuti..
saya pasti teringat kan awak,
saya rindukan detik-detik kita keluar berjalan bersama-sama..
detik-detik saya bersama awak..
awak,saya terlalu rindukan awak ketika ini,
pulanglah cepat..
saya tidak sanggup lagi menanggung rindu saya terhadap awak lagi...
saya yakin awak juga rindukan saya...
saya tak puas berhubung dengan awak melalui yahoo messenger sahaja...
saya ingin bertemu dengan awak dan saya ingin katakan bahawa saya terlalui merindui awak...
setibanya awak di malaysia nanti,
datanglah dan jemputlah saya di sini agar kita bersama berdua...
0 comments:
Post a Comment