BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, April 2, 2012

kasih yang lama kini kian berputik kembali...

baru kini aku terasa sunyi tanpa si dia disisi....
dahulu bila sentiasa mengambil berat pasal aku,
aku sering sahaja mengabaikannya...
sering sahaja tidak ambil peduli tentangnya...
kini setelah dia pergi meninggalkan aku,
baru ku sedar bahawa dialah penyeri hidup dan pelengkap hidupku..
ketika aku baru ingin merasai kebahagian bersamanya,
dia pergi meninggalkan aku  kerana dulu aku terlalu leka sehingga mengabaikannya...
bukan maksud aku untuk mengabaikannya tetapi ketika itu aku belum bersedia untuk menempuhi segala rintangan dan juga cabaran untuk meneruskan sesebuah hubungan yang lebih serius..
kini,apabila aku sudah bersedia untuk itu semua,
dia pula pergi meninggalkan aku terkapai-kapai mencari kebahagian bersamanya...
aku terasa ingin bahagia bersamanya
tetapi jarak yang menjadi penghalang hubungan aku dan dia..
kini,aku sudah lama tidak mendengar khabar berita tentangnya...
aku berharap sangat dia sihat di samping orang tersayang...
dahulu dia pernah menyatakan bahawa dia akan menunggu aku sehingga aku betul-betul bersedia menerimanya..
aku juga bersalah meninggalkannya ketika aku menemui orang yang dekat dengan aku..
aku sudah tersalah kerana orang yang dekat hanya mempermainkan perasaan aku disabaliknya orang yang jauh lah sentiasa ada disisi aku ketika susah dan senang dahulu tetapi kini tidak lagi
kerana aku telah memutuskan persahabatan dan kasih sayang kami dahulu..
kini aku berharap sangat dia masih menyayangi dan menunggu aku seperti yang pernah dia katakan pada aku ketika suatu masa dahulu...
aku nak dia tahu bahawa yang aku sudah bersedia untuk menyayangi dia dan menjadikan dia sebagai pelengkap hidup aku di dunia dan akhirat kelak..
kerana aku tahu dia boleh membimbing aku dunia dan akhirat.
semoga dia membaca apa yang aku tulis ini kerana aku ingin dia tahu bahawa aku telah bersedia untuk mencintainya dan berkorbn apa sahaja agar dia tahu yang aku sangat menyayanginya....
tiada yang boleh menghalang aku daripada terus mencintai dia...
semoga cinta dan memori lama kita bersatu kembali..
dan aku berharap agar hubungan yang kita bakal bina ini kekal sehingga ke perhujungnya..
datanglah dan temui aku dan berkata bahawa kau sudi menerima baik buruk aku !