BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, January 26, 2011

KESEMPATAN !

Setiap manusia sering mengambil kesempatan atas kebaikan seseorang...
Orang yang sering mangambil kesempatan atas seseorang yang terlalu lemah..
Ini lah sebabnya manusia sering menjadi 'KULI BATAK' seseorang yang mempunyai pangkat atau mempunyai kelebihan...
Ini menyebabkan orang yang lemah sering di tindas dan dipergunakan untuk memenuhi kehendak seseorang..
Perkara seperti ini tidak seharusnya terjadi dalam masyarakat hari ini...
Kita perlulah menghakis sikap seperti ini dalam kehidupan harian kita..
Jangan jadikan orang yang lemah itu sebagai KULI kita..
Kerana mereka juga mahu hidup sempurna..
Yang paling penting kita adalah sama di sisi ALLAH S.W.T
Sedangkan ALLAH S.W.T menyamakan setiap manusia di sisi-Nya
Inikan pula kita hanyalah hamba-Nya...
Dan jangan lah kita meperlakukan seseorang yang lemah itu seperti hamba yang lemah..
Sekiranya kita membezakan taraf pendidikan dan kedudukan seseorang,
Maka orang itu akan dibenci oleh ALLAH S.W.T...
Namun dalam masyarakat hari ini perkara seperti itu semakin berleluasa...
Itu adalah KESEMPATAN atas kesenangan orang lain..
Oleh itu,kita tidak seharusnya mengambil kesempatan seseorang atas kesenangan serta kesusahan orang lain..
Tetapi ada juga KESEMPATAN yang sering dilakukan oleh kaum Adam terhadap kaum Hawa..
Erti kata lain,lelaki mengambil KESEMPATAN atas apa yang ada pada seseorang perempuan..
Perempuan merupakan seseorang yang berhati lembut dan lemah serta mudah tersentuh atas kesusahan orang lain.
Tetapi ada juga telah mengambil KESEMPATAN atas kekurangan dan kelemahan perempuan..
Kepada lelaki jangan la mengambil kesempatan atas kelemahan perempuan..
Bagi perempuan,jangan mudah memberi lelaki mengambil kesempatan atas diri ANDA..
Kerana sekali anda memberi lelaki mengambil KESEMPATAN atas ANDA..
Mereka akan berterusan mengambil KESEMPATAN keatas diri kita...
Lelaki sering mengambil KESEMPATAN atas seeorang perempuan dengan pelbagai cara...
Antaranya segala kemudahan yang boleh diberikan oleh seseorang lelaki kepada perempuan..
Oleh itu lelaki sedaya upaya melakukan apa sahaja asalkan hajat dan kehendak mereka dipenuhi..
Selain itu juga,sekiranya kita dah terlalu sayangkan seseorang,
Kita sanggup lakukan apa sahaja termasuklah menggadai maruah sendiri..
Hal ini akan menyebabkan banyak berlakunya penzinaan,penguguran bayi dan pembuangan bayi..
Perkara ini dapat dielakkan dengan tidak memberi KESEMPATAN terhadap lelaki kepada perempuan..

0 comments: