BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, December 27, 2010

My Sweet Memory With My Happy Family..;)

Askum N Selamat Sejahtera Semua...
Apa khabar?? harap-harap semuanya sihat hendak-Nya..
Di kesempatan ini Zati nak ucapkan Selamat Hari Natal kepada semua yang menyambutnya,,,
Maaf la agak terlewat jugak kerana agak sibuk dalam 2 3 hari ini...
Biasa la cuti sekolah dan cuti midsem bagi kolej aku...
Dapat la cuti seminggu ini..
Seronoknya dapat pulang ke rumah...
Tapi dalam masa yang sama aku sudah merindui sahabat di KOLEJ...

Alhamdullilah..aku bersama keluarga aku dan makcik aku sudah mempuyai perancangan untuk bercuti serta menghadiri sebuah majlis perkahwinan di KUALA LUMPUR...
Kami rombongan dari Ipoh telah sampai pada pukul 9.30 pagi dan dapat menyaksikan majlis akad nikah..
Tahniah kepada pengantin perempuan dan lelaki dari Zati...
Majlis akad nikah dan persandingan di adakan di Hotel Singgahsana PJ..
Selepas majlis akad nikah selesai pada pukul 11 pagi,
Kami menunggu majlis yang paling gilang gemilang iaitu majlis persandingan di hotel yang sama...
Pengantin perempuan merupakan sedara sebelah ayah...
Memang seronok sangat apabila dapat berkumpul bersama sama...

Majlis berakhir pada pukul 3.30 petang..
Kami begitu seronok kerana dapat menyaksikan majlis yang gilang gemilang..
Sebelum kami berangkat untuk pulang,Zati mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Syarifah Haslinda dan Dato' Azeez yang juga meruapakan salah seorang sedara sebelah ayah..




Alhamdullilah..setelah semuanya berakhir..
Kami menuju ke PJ De Inn yang juga berhampiran di Hotel Singgahsana untuk bermalam disitu...
Setelah sampai di hotel kami membuat keputusan untuk berehat sebentar sebelum ke agenda seterusnya..
Agenda kami yang seterusnya,,pergi ke Sunway Piramid dan I-City Shah Alam...
Memang seronok di Sunway Piramid apabila sekarang ada Year End Sale...
Bila dah sampai sana,apa salahnya pergi ke I-City 2 kan..
Nanti entah bila lagi dapat perginya,
Memang seronok pergi I-City..
Tapi jalan nak menuju ke I-Ciy 2,Ya Allah,tuhan jer yang tahu sesaknya macamner...
Tambah pulak malam 2 merupakan malam minggu..
Tapi disebabkan nak juga pergi,terpaksalah bersabar sedikit dengan keadaan yang macam 2..
Kami bertolak ke Shah Alam dalam pukul 9.00 malam tetapi dapat masuk ke I-City dalam pukul 10.30 malam..
Teruja giler dapat melihat pokok-pokok berlampu..
Setelah meninjau ke semua kawasan I-City,
Kami bertolak pulang ke hotel dalam pukul 11.30 malam dah sampai ke hotel pada pukul 12 lebih..
Pada keesokkan hari,kami telah merancang untuk ke SOGO,Jalan Tunku Abdul Rahman(TAR) dan  IKEA tempat yang paling aku suka apabila tiba di KUALA LUMPUR..
Tempat-tempat ini takkan tertinggal dalam agenda kami sekeluarga apabila tiba di sini....
Tambah menyeronokan apabila sekarang dilanda Year End Sale...
Wah2...secara tiba-tiba otak ini ligat berfikir untuk membeli macam-macam apabila sampai disini,.
Setelah berjam-jam berada di dalam SOGO dan juga di Jalan TAR,kami telah menjamu selera di food court SOGO...
Setelah itu,kami membuat keputsan untuk ke IKEA yang terletak di Damansara...
Apabila berada di IKEA,aku juga memikirkan barangyang hendak dibeli...
Tetapi aku tidak melepaskan peluang untuk menikmati makanan kegemaranku apabila berada di IKEA...
Tak lain tak bukan Meatballs..
Emmmm...Sedapnya tak terkata,,,
Maetballs kat IKEA lah yang paling sedap...
Setelah habis pusing dalam IKEA,
Kami bertolak untuk pulang ke IPOH...
Kami bertolak ke IPOH dalam pukul 9.30 malam...
Dan sampai ke IPOH dalam pukul 11.00 malam kerana kami telah berhenti di perhentian Tapah...

Walaupun banyak kekurangan dalam percutian kali ini,
Tetapi kenangan yang paling indah dan bermakna adalah bersama keluarga tersayang...


0 comments: