Wah9...kita bakal melangkah ke tahun baru 2011..
Rasanya,baru beberapa bulan sahaja menyambut tahun baru 2010
Malangnya,sudah 12 bulan menyambut tahun baru 2010..
Masa berlalu dengan bergitu pantas tanpa kita sendiri menyedarinya..
Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya malah 2011 bakal membuka lembaran baru...
Dengan ini berakhir sudah suka duka kita dalam 2010...
Namun suka yang kita lalui sepanjang 2010 ini perlulah di sematkan di dalam diri..
Tetapi duka yang kita tempuhi sepanjang 2010 perlulah di lupakan dan mengambilnya sebagai suatu iktibar.
Bak kata perpatah,Buang yang keruh ambil yang jernih.
Bermulanya tahun 2011 ini,pasti akan ada azam yang tersemat pada setiap insan di muka bumi ini..
Tetapi perlu diingatkan,sekiranya azam tahun lepas belum lagi tercapai,perlulah kita sama-sama mencapai azam tersebut sehingga berjaya..
Selepas itu barulah kita boleh memikirkan azam yang seterusnya..
Mempuntai azam tidak semestinya pada setiap tahun baru,
Malah setiap azam yang kita dapat penuhi,kita boleh memikirkan azam yang seterusnya yang patut kita laksannakan...
Setiap manusia mahukan azam yang terbaik pada diri mereka sendiri..
Betol kan?
Dengan bermulanya tahun 2011,
Umur kita semakin meningkat..
Dan secara tidak langsung segala tingkah laku dan perbuatan kita akan mencerminkan diri sendiri,
Oleh itu kita perlulah menjaga tarasusila kita sebagai orang yang semakin meningkat dewasa..
Tidak di nafikan,remaja sekarang terlau mengikutkan perasaan namun kita perlu berhati-hati dengan segala perbuatan yang kita sendiri lakukan..
Di kesempatan ini,Farah @ zati ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011..
Semoga tahun baru ini akan memberi makna dan kenangan yang terindah buat kita semua..
Walaupun 2010 telah melabuhkan tirainya,perlu diingatkan segala yang berlaku di tahun 2010 menjadikannya sebagai satu pengajaran buat kita semua...
Kenangan pahit di jadikan iktibar,
Kenangan manis dijadikan satu perkara yang terindah..
Kerana kita hanya manusia biasa yang sering melalukan kesilapan dan kita tidak mampu untuk memutarkan balik waktu yang berlalu...
P/s: kepada semua adik-adik yang bakal memulakan kembali sesi persekolah di harapkan belajar bersungguh-sungguh,jadikan tahun 2011 ini satu permulaan untuk memperbaiki segala kelemahan yang telah dilakukan pada 2010...N tak lupa juga kepada yang bakal menduduki peperiksaan yang penting dalam 2011 ini,di harapkan berlajar bersungguh-sungguh dari mula...