Mungkin sukar untuk seseorang untuk melupakan seseorang yang kita sayangi...
Tapi itulah yang terpaksa aku laluinya sekarang....
Terpaksa melupakan seseorang N kenangan bersamanya....
Bukan niat aku untuk melupakan dia,
Dan bukan niat aku juga untuk memutuskan hubungan silaturrahim antara aku & dia,
Namun itulah yang terpaksa aku lakukan padanya...
Rupanya selama ini aku telah salah memilih kawan...
Aku ingatkan dia ikhlas untuk berkawan dengan aku,
Tetapi itu hanyalah apa yang aku rasakan,
Dia hanya berpura-pura dengan aku selama ini....
Ketika awal perkenalan kami,
Dia begitu baik sehingga aku tak dapat nak menghidu niat dia yang sebenarnya...
Suatu ketika dahulu,
Detik manis yang kami lalui bersama akan di ingati selalu...
Namun kini,
Detik itu menjadi suatu perkara yang paling pahit antara kami berdua...
Pada awalnya,dia berjanji untuk akan sentisa mengingati detik-detik itu,
Namum kini,tidak lagi....
Tapi,aku tak mungkin mahu menyalahkan dia...
Biarlah dia hidup dengan kehidupan dia sendiri....
Mungkin dia bahagia dengan cara dia sendiri...
Mungkin aku tak boleh nak terima aku sebagai pasangan dia..
Aku tak kisah semua itu,
Tapi apa yang aku mahukan adalah dia hargai aku sebagai SAHABAT !!
Itupun tak boleh ker?
Kalau tak boleh kenapa dulu bagi harapan padaku??
Kenapa kau buatkan kenangan bersama dahulu sebagai suatu kenangan yang manis???
Kenapa dahulu kau tak menafikan dari dahulu...??
Mungkin ketika itu,hatimu sudah remuk diguris oleh seorang gadis yang amat kau sayang...
Dan apa yang kau ungkapkan padaku waktu dulu hanyalah untuk mengubati hatimu yang parah???
Setelah berhari-hari aku memikirkan persoalan itu,akhirnya aku menemui jawapannya...
Biarlah jawapannya hanya aku sahaja yang tau...
Mungkin kini kau semakin bahagia di samping gadis itu...
Kerana gadis itu kini sudah kembali kepangkuan kau...
Aku sebagai kawan yang dahulu aku pernah anggap kau sahabat,
Hanya mendoakan kebahagian kau di samping orang yang kau sayang...
Aku terima apa sahaja yang telah kau lakukan padaku,
Tapi,aku mohon pada kau,
Tolong jangan buat perempuan lain seperti mana yang kau telah lakukan padaku...
Jangan sakiti hati N perasaan perempuan lain...
Cukuplah aku yang telah kau sakiti....
Jagalah perempuan itu dengan sebaik mungkin..
Insyallah,kebahagian pasti milik kau...
Aku akan doakan kebahagian kau bersama sesiapa sahaja..
Walaupun kau bukan milikku....
1 comments:
alaa.. alaa..
ciannya die..
Post a Comment