BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, November 2, 2010

My New Contact Lenses !


Akhirnya aku membeli contact lense setelah beberapa hari memikirkan untuk memilih warna yang paling sesuai...
Tengah Hari aku telah pergi ke kedai OPTICAL berhampiran dengan rumah aku...
Aku telah membuat pilihan untuk mengambil jenama yang selalu aku pakai iaitu FRESHLOOK berwarna GREY..
Melayang lagi duit aku..
HAHAHA....
Tapi atas kehendak aku jugak !
Tapi aku tak tahu nak pakai time bila...
HAHA..
Sajer jer membeli...
First time aku pakai contact lense nie 2 tahun lepas,
Fuhh ! berair biji mata aku..
Biasa la baru pertama kali pakai la katakan...
Tapi aku nak bagi korang tips & cara kebersihan lenses bagi sesiapa yang baru nak mencuba memakai contact lenses nie...

Mencuci dan menyimpan kanta lekap

  • Basuh tangan dan bekas kanta lekap dengan sabun dan air.

  • Keluarkan satu kanta lekap dari sebelah mata dan letakkannya di atas tapak tangan.

  • Titiskan beberapa titik larutan pencuci ke atas kanta dan gosokkan perlahan-lahan.

  • Bilas kanta tersebut dengan larutan salina.

  • Tuangkan larutan disinfektan ke dalam bekas kanta. Rendamkan kanta di dalam larutan tersebut untuk disimpan.

  • Keluarkan kanta di sebelah mata lagi dan ulangi langkah di atas.

  • Rendamkan kanta lekap anda sekurang-kurangnya seminggu sekali dalam larutan penyahprotein untuk membersihkan segala protein yang terkumpul di atas kanta.

  • Patuhi nasihat pakar mata ketika memilih dan menggunakan produk penjagaan kanta.

Penjagaan sendiri

Memakai kanta lekap:

  • Basuh tangan dengan teliti menggunakan sabun dan air sebelum menyentuh kanta.
  • Letakkan kanta di atas tapak tangan dan bilas dengan beberapa titik larutan salina.
  • Ulangi membilas kanta tersebut supaya semua sisa-sisa larutan disinfektan yang digunakan untuk merendam kanta dapat dibersihkan.
  • Letakkan kanta di atas jari telunjuk.
  • Buka kedua-dua mata. Tarik kelopak mata atas sebelah kanan dengan perlahan-lahan ke atas.
  • Lekapkan kanta tersebut.
  • Ulangi pula untuk kelopak mata sebelah kiri.

Jika anda memakai alat solek

  • Gunakan penyembur aerosol (seperti deodoran, semburan rambut) terlebih dahulu sebelum memakai kanta lekap.
  • Jangan memakai maskara (bahan kosmetik untuk menghitamkan bulu mata) yang mengandungi gentian pembentuk bulu mata. Pembayang mata cecair atau krim adalah yang terbaik Basuh tangan anda dengan sabun dan air sebelum mengendalikan kanta lekap.

So aku harap korang jaga lah kebersihan diri & lenses orang dengan betul...
Kalau korang tak menjaganya dengan betul,
Mata korang boleh menjadi buta...

0 comments: