BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, November 22, 2010

Kuliah Kini Bermula....

Alhamdullilah...
Akhirnya aku bersama rakan-rakan ku sudah memulakan pengajian kami...
Walaupun agak gementar,namun berasa sangat seronok apabila sudah menjadi pelajar kolej....
Kelas pertama kami berjalan begitu lancar...
Kuliah kami dibukakan dengan pelajaran Foundition English  1...
Pensyarah kami Madam Nor Azah begitu sporting dengan semua student...
Tapi yang malangnya,kami hanya bertemu dengan beliau hanya seminggu sekali sahaja..
Tetapi kelas kami telah berpecah mengikut kumpulan yang telah kami sendiri pilih....
Kelas yang pertama kami bersama Madam Nor Azah tidak begitu ramai namun kelas kami begitu happening ...
Kelas seterusnya bermula pada pukul 4-5..
Dapat la aku merehatkan diri sebentar...
Sebab tadi bangun terlalu awal sebab ingtkan ada kelas di waktu pagi,
Tetapi kelas tersebut seperti tidak wujud...
Aku N Sara sudah pusing 1 kolej mencari kelas tersebut tetapi tak ada...
Aku terpaksa pergi dulu k !
Nanti aku akan update blog ini dari semasa ke semasa...
Take care u all...

Saturday, November 20, 2010

Sakitnya hatiku....

Mungkin sukar untuk seseorang untuk melupakan seseorang yang kita sayangi...
Tapi itulah yang terpaksa aku laluinya sekarang....
Terpaksa melupakan seseorang N kenangan bersamanya....
Bukan niat aku untuk melupakan dia,
Dan bukan niat aku juga untuk memutuskan hubungan silaturrahim antara aku & dia,
Namun itulah yang terpaksa aku lakukan padanya...
Rupanya selama ini aku telah salah memilih kawan...
Aku ingatkan dia ikhlas untuk berkawan dengan aku,
Tetapi itu hanyalah apa yang aku rasakan,
Dia hanya berpura-pura dengan aku selama ini....
Ketika awal perkenalan kami,
Dia begitu baik sehingga aku tak dapat nak menghidu niat dia yang sebenarnya...
Suatu ketika dahulu,
Detik manis yang kami lalui bersama akan di ingati selalu...
Namun kini,
Detik itu menjadi suatu perkara yang paling pahit antara kami berdua...
Pada awalnya,dia berjanji untuk akan sentisa mengingati detik-detik itu,
Namum kini,tidak lagi....
Tapi,aku tak mungkin mahu menyalahkan dia...
Biarlah dia hidup dengan kehidupan dia sendiri....
Mungkin dia bahagia dengan cara dia sendiri...
Mungkin aku tak boleh nak terima aku sebagai pasangan dia..
Aku tak kisah semua itu,
Tapi apa yang aku mahukan adalah dia hargai aku sebagai SAHABAT !!
Itupun tak boleh ker?
Kalau tak boleh kenapa dulu bagi harapan padaku??
Kenapa kau buatkan kenangan bersama dahulu sebagai suatu kenangan yang manis???
Kenapa dahulu kau tak menafikan dari dahulu...??
Mungkin ketika itu,hatimu sudah remuk diguris oleh seorang gadis yang amat kau sayang...
Dan apa yang kau ungkapkan padaku waktu dulu hanyalah untuk mengubati hatimu yang parah???
Setelah berhari-hari aku memikirkan persoalan itu,akhirnya aku menemui jawapannya...
Biarlah jawapannya hanya aku sahaja yang tau...
Mungkin kini kau semakin bahagia di samping gadis itu...
Kerana gadis itu kini sudah kembali kepangkuan kau...
Aku sebagai kawan yang dahulu aku pernah anggap kau sahabat,
Hanya mendoakan kebahagian kau di samping orang yang kau sayang...
Aku terima apa sahaja yang telah kau lakukan padaku,
Tapi,aku mohon pada kau,
Tolong jangan buat perempuan lain seperti mana yang kau telah lakukan padaku...
Jangan sakiti hati N perasaan perempuan lain...
Cukuplah aku yang telah kau sakiti....
Jagalah perempuan itu dengan sebaik mungkin..
Insyallah,kebahagian pasti milik kau...
Aku akan doakan kebahagian kau bersama sesiapa sahaja..
Walaupun kau bukan milikku....


Kebahagian yang bakal kau miliki adalah kebahagia aku dari jauh.


Friday, November 12, 2010

Seronok Dapat Melanjutkan Pelajaran & Mendapat Rakan Yang Besttt

Asslammualaikum dan Selamat Sejahtera Kepada Semua Pembaca Blog Ini.....



Alhamdulillah ! akhirnya dapat juga melanjutkan pelajaran ke KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN..
Hari pertama datang ke sini memang memenatkan kerana banyak urusan yang perlu di uruskan...
Dari pagi sampai petang baru selesai mengemas barang-barang...
Malam pula ada Program Suai Kenal dengan semua student baru & Majlis Pimpinan Pelajar (MPP)
Memang happping giler la...
Tapi yang paling best dapat lak kawan yang sekepala N roomate yang sporting giler !
Tengss tu IKA,YANA,SARA coz sudi jadi kawan rapat zati kat sini..korang memang best la...
Firstly,Zati takut jugak dapat kawan yang tak sekepala..
Tapi alhamdllah,semuanya berjalan lancar...
Pada keesokkan harinya,semua student kat kolej ini ada pendaftaran subject...
Tapi nasib baik la tak di tetapkan pukul berapa...
Dapat jugak la bagun lambat..
Almaklum la semalam tidur lambat sebabnya ada Program...
Tapi sempat jugak la kuar ke pekan Kuala Kangsar ini mencari sedikt barang keperluan...
Tapi hari rabu kitaorang sebagai student baru agak penat la..
Sebab dari pagi kitaorang mempunyai taklimat penting dari semua jabatan di kolej ini...
Tapi perkara yang paling best kat sini adalah dapat kawan yang paling sporting...
Macam kawan-kawan kat sekolah dulu walaupun baru kenal tak sampai seminggu pun..
Tapi kan bila dah duk asrama ini,semua benda kene buat sendiri...
Insyallah,akan belajar semua 2...
Sekurang2nya kita ada pengalaman dalam berdikiri sendiri..
Tak adalah nak mengharapkan mak lagi...
Insyallah,selepas raya haji ini akan bermulalah sesi pembelajaran di kolej...
Harap semuanya berjalan lancar...
Mahu mencapai cita-cita !
Sebab semua orang mahu berjya...
Doakan zati yek semoga dapat kerjayaan N mencapai cita-cita untuk menjadi orang yang berjaya...:)
Insyallah,nanti ada masa lapang zati akan update perkembangan zati di sini..
N tolong doakan kesihatan zati yang xberape oke buat masa sekarang...

*Maner g nyer kawan-kawan aku ini?balik la...aku tinggal seorang kat blik sekarang ini *







Friday, November 5, 2010

Kepada kaum ADAM & HAWA...

Entry kali ini Farah nak tujukan khas tuk semua kaum ADAM kat muka bumi ini..
Tapi dalam entry kali ini Farah bukan nak salahkan kaum ADAM 100 %..
Malah kaum HAWA juga rasanya bersalah dalam soal ini..


Kalau kita cakap pasal soal hati & perasan ini,
Mesti kaum ADAM akan menyalahkan kaum HAWA,
Begitulah juga sebaliknya..
Tak faham la kenapa jadi macam ini..
Walaupun Farah tengah tertekan ketika ini bersoal hati N perasan namum Farah tak salahkan mereka 100 %
Farah tau Farah juga bersalah dalam soal ini...
Kekandang terasa sangat tension pasal lelaki ini..
N Farah sendiri tak faham apa yang sebenarnya kaum ADAM mahukan dari kaum HAWA..
Adakah kaum ADAM hanya ingin melukakan N menyakiti kaum HAWA ?
Adakah kaum HAWA hanya ingin melukakan N menyakiti kaum ADAM?
Dalam banyak kes curang,korang rasa kaum ADAM @ kaum HAWA?


Kepada kaum ADAM::::
Cukup-cukup la korang sakitkan kaum HAWA..
Korang sendiri tau kan yang kaum HAWA nie lemah..
N mudah sensitif...
Selain tu jugak,kaum HAWA ini mudah menagis n memedam perasan dieorang sendiri
Sampai kekandang sanggup buat apa sahaja untuk orang yang dieorang sayang...
Buat kaun ADAM,sekiranya korang telah meyakiti hati kaum HAWA,
Tolong ungkapkan maaf,kerana kaum HAWA sangat mudah memaafkan seseorang
Terutamanya apabila orang yang dia sayang yang mengungkapkan maaf itu !
& kaum HAWA juga jangan malu untuk meminta maaf sekiranya anda juga telah melakukan kesalahan..
Kaum ADAM mudah cair apabila kaum HAWA mengukapkan kata MAAF terutama berhadapan dengannya...
Untuk kaum ADAM sekiranya kaum HAWA pernah mengungkap sayangnya pada anda,tolong hargai perasan dieorang..
Sekiranya anda sudah berpunya,tolong la bagitahu sejujurnya..
Jangan sampai mereka dapat tahu dahulu dari orang lain,kerana keadaan akan menjadi lebih parah !
Bagi kaum HAWA pula,sekiranya sahabat baik anda inginkan hubungan yang lebih serius dengan anda,tetapi anda mahu menolaknya,tolaklah dengan baik..
Namun bagi kaum ADAM yang mahukan seseorang 2 menjadi miliknya,
Terus-terang sahaja..jangan malu..
& jangan sampai Si Dia terlepas ke tangan lelaki lain !
Selain 2 juga,andainya kaum ADAM sudah menjanjikan sesuatu,
Tolong penuhinya..kerana kaum HAWA paling benci orang yang selau mengkir janji...
Sekiranya tak boleh menunaikan janji,jangan berjanji apa-apa..
Bagi kaum HAWA pula, jangan la mudah cair dengan pujuk rayu seseorang...
Andainya anda sudah berpunya,berterus-terang N bagitahu pada kekasih anda
Supaya dapat menyelesaikan masalah itu bersama-sama..
Sekiranya anda tak melayan lelaki yang muncul dalam hubungan anda dengan kekasih anda,
Percayalah lelaki itu tidak akan mengangu anda lagi...
So sekiranya anda mahukan hubungan yang terbaik buat anda & kekasih anda,
Jangan sesekali melayani seseorang yang boleh menyebabkan anda & kekasih anda bergaduh!


Buat kaum ADAM & HAWA tolong jangan menyalahi antara satu sama lain
Malah cari apa sebenarnya malalah sebenarnya & cuba selesaikan dengan cara yang terbaik...
Kerana menyalahi antara satu sama lain tidak akan menyelesaikan masalah malah akan timbul masalah lain..
Ingat lah setiap masalah yang timbul pasti ada penyelesainnya,
Jadi kita telah diberi akal fikiran untuk berfiikir macamana nak menyelesaikan masalah itu..

Tuesday, November 2, 2010

My New Contact Lenses !


Akhirnya aku membeli contact lense setelah beberapa hari memikirkan untuk memilih warna yang paling sesuai...
Tengah Hari aku telah pergi ke kedai OPTICAL berhampiran dengan rumah aku...
Aku telah membuat pilihan untuk mengambil jenama yang selalu aku pakai iaitu FRESHLOOK berwarna GREY..
Melayang lagi duit aku..
HAHAHA....
Tapi atas kehendak aku jugak !
Tapi aku tak tahu nak pakai time bila...
HAHA..
Sajer jer membeli...
First time aku pakai contact lense nie 2 tahun lepas,
Fuhh ! berair biji mata aku..
Biasa la baru pertama kali pakai la katakan...
Tapi aku nak bagi korang tips & cara kebersihan lenses bagi sesiapa yang baru nak mencuba memakai contact lenses nie...

Mencuci dan menyimpan kanta lekap

  • Basuh tangan dan bekas kanta lekap dengan sabun dan air.

  • Keluarkan satu kanta lekap dari sebelah mata dan letakkannya di atas tapak tangan.

  • Titiskan beberapa titik larutan pencuci ke atas kanta dan gosokkan perlahan-lahan.

  • Bilas kanta tersebut dengan larutan salina.

  • Tuangkan larutan disinfektan ke dalam bekas kanta. Rendamkan kanta di dalam larutan tersebut untuk disimpan.

  • Keluarkan kanta di sebelah mata lagi dan ulangi langkah di atas.

  • Rendamkan kanta lekap anda sekurang-kurangnya seminggu sekali dalam larutan penyahprotein untuk membersihkan segala protein yang terkumpul di atas kanta.

  • Patuhi nasihat pakar mata ketika memilih dan menggunakan produk penjagaan kanta.

Penjagaan sendiri

Memakai kanta lekap:

  • Basuh tangan dengan teliti menggunakan sabun dan air sebelum menyentuh kanta.
  • Letakkan kanta di atas tapak tangan dan bilas dengan beberapa titik larutan salina.
  • Ulangi membilas kanta tersebut supaya semua sisa-sisa larutan disinfektan yang digunakan untuk merendam kanta dapat dibersihkan.
  • Letakkan kanta di atas jari telunjuk.
  • Buka kedua-dua mata. Tarik kelopak mata atas sebelah kanan dengan perlahan-lahan ke atas.
  • Lekapkan kanta tersebut.
  • Ulangi pula untuk kelopak mata sebelah kiri.

Jika anda memakai alat solek

  • Gunakan penyembur aerosol (seperti deodoran, semburan rambut) terlebih dahulu sebelum memakai kanta lekap.
  • Jangan memakai maskara (bahan kosmetik untuk menghitamkan bulu mata) yang mengandungi gentian pembentuk bulu mata. Pembayang mata cecair atau krim adalah yang terbaik Basuh tangan anda dengan sabun dan air sebelum mengendalikan kanta lekap.

So aku harap korang jaga lah kebersihan diri & lenses orang dengan betul...
Kalau korang tak menjaganya dengan betul,
Mata korang boleh menjadi buta...