BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, March 12, 2012

MAJLIS PERKAHWINAN NURUL AIN DAN AHMAD KHAIRI & PENGALAMAN MENJADI PENGAPIT

Tahniah diucapkan kepada makcik NURUL AIN AZIZI yang telah mendirikan masjid bersama jejaka pilihan hatinya iaitu AHMAD KHAIRI pada 2 Mac 2012 yang lalu... bertemakan MERAH,SILVER dan COKLAT CAIR..
Majlis persandingan bagi pihak perempuan diadakan pada 3 mac 2012 di Pengkalan Pegoh yang penuh dengan gilang-gemilang...
Almaklumlah,anak terakhir dalam keluarga la katakan...
Aku yang telah menjadi pengapit untuk makcik aku d majlis persandingannya...
Wah...ini merupakan pengalaman kedua aku menjadi pengapit..
Sebenarnya bukan senang nak jadi pengapit ini...
Tugas yang terlalu berat untuk di pikul bagi memastikan RAJA SEHARI kelihatan sempurana di mata semua orang...
Kenapa yek setiap kali menjadi pengapit orang akan cakap,'selepas ini kamu pulak yang naik pelamin "
sungguh pelik kan?? padahal kita ini calon pun belum ada lagi macamner nak kahwin..huahua....
Tapi,insyallah,kalau ada jodoh x kan ke mana...
doakan jer agar jodoh kita sampai dan di temukan dengan orang yang baik-baik...
siapa dalam dunia ini tak nak kahwinkan?? semua orang nak kahwin cuma jodoh tuh jer yang belum sampai lagi....hikhikhik....
*sedang menunggu kedatangan pengantin lelaki*

Ketika menunggu ketibaan pengantin lelaki,sudah pasti berdebar-debar...
Bukan setakat pengantin perempuan sahaja yang berdebar malah,pangapit juga terasa debarannyer...
Mana taknya,tugas berat sudah bermula...
*ketibaan pengantin lelaki*

kini,bermula lah tugas saya menjadi seorang pengapit disisi makcik aku ~
aku sudah menjadi tontonan dan perhatian ramai....
tetapi aku kene pastikan segalanya berjalan dengan lancar dan kelihatan begitu sempurna di mata orang ramai....

*ini ketika persandingan*

selain itu jua,tugas aku bukan terhenti disini sahaja,aku juga telah ditugaskan supaya melayan RAJA SEHARI ini dari mula sehingga di meja makan dan ketika sesi bergambar..

* ini layanan di meja makan*

kini,giliran kami pula pihak perempuan untuk membalas di rumah si jejaka di Jitra,Kedah.
kami telah ke kedah pada 10 Mac 2012,seminggu selepas majlis diadakan di rumah pihak perempuan.
aku jua telah ditugaskan untuk menjadi pengapit dirumah pihak lelaki..
sekarang,aku nak share pulak gambar-gambar kami ketika berada di Jitra,Kedah.




kini,selesai sudah tugas aku menjadi seorang pengapit untuk majlis Perkahwinan NURUL AIN AZIZI dan AHMAD KHAIRI ABDULLAH..
semoga berbahagia sehingga ke anak cucu..semoga ALLAH s.w.t memberkati anda berdua..;))