BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, February 19, 2012

walaupun sesibuk mana awak tetap ada masa untuk saya..

saya sangat gembira  !
kerana awak kini berada di sisi saya walau susah mahupun senang...
awak selalu ambil berat dan menjaga saya..
aak juga selalu menasihati saya tentang pelajaran..
sebab itu lah saya sangat sayangkan awak dan saya mahu awak sentiasa di sisi saya selalu.
walaupun kita sudah tak seperti dahulu,
selalu berjumpa,
selalu meluangkan masa bersama...
kerana awak sibuk menguruskan banyak perkara..
tetapi awak tetap ada masa untuk bertanyakan tentang pelajaran saya,
awak masih ada masa bertanyakan khabar tentang saya..
saya bersyukur sangat..
terima kasih awak kerana sudi mengambil berat tetang saya..
saya tahu awak sibuk kerana urusan awak di luar negara belum lagi selesai,
namun awak pasti akan bertemu dan meluangkan masa bersama saya sekiranya awak pulan ke sini...

Monday, February 6, 2012

give up !

Hmmm
untuk pengetahuan awak yang saya suda berputus asa menunggu awak
saya dah tak sanggup untuk terus menunggu tanpa khabar berita dari awak..
genaplah sebulan kita langsung tidak berhubung antara satu sama lain..
bukan saya tak faham dengan kerja awak,
tapi kenapa langsung awak tak meluangkan sedikit masa untuk menghantar khabar berita kat saya..
saya tahu awak berada jauh dengan saya,
tapi kenapa awak langsung tak balas email saya yang saya berikan kat awak?
saya tahu awak ada online,tapi mengapa awak langsung tak menegur saya?
sedih saya tau x?
saya sangat risaukan awak...
tambahan pula tempat yang awak pergi itu pernah mengalami gempa bumi..
sebab itulah saya sangat risaukan awak...
kenapa awak buat saya macam ini??
apa salah saya kat awak??
kalau saya ada melakukan kesalahan,
saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki..
sebulan lamanya saya menunggu awak sehingga saya berasa berputus asa dengan awak..
awak tahu tak yang saya sangat rindukan awak..
rindu sangat nak bersama awak..
tapi mengapa awak menyeksa perasaan saya??
saya dah guna pelbagai cara untuk berhubung dan mengambil berat tentang awak,
tapi semuanya macam sia-sia jerr...
tak apa lah awak,
mungkin ini yang awak mahukan dari saya kan??
tidak mahu saya gangu awak lagi dan tidak mahu memberi apa-apa harapan kat saya...
saya terima semua ini awak..
terima kasih kerana telah membahagia kan saya selama 5 bulan perkenalan kita...
dan selama itu jugaklah saya berterima kasih kat awka kerana telah memberikan saya rasa kasih sayang yang selama ini sukar untuk saya temui..
awak tahu tak yang saya impikan sebuah persahabatan yang kekal ke akhirnya tetapi
mungkin ini takdir yang kita terima..
saya dan awak telah berpisah..
saya berterima kasih sangat kat awakkk....
saya mohon kat awak
*awak jaga diri awak elok-elok tau...
*bahagiakan lah orang yang menyayangi awak
*terimalah orang itu seandainya
*jangan sesekali melakukan perkara yang luar jangkaan
*kalau awak sakit jangan lupa makan ubat tau..(jaga kesihatan tu,jangan stress)
*kalau awak ada masalah,saya sentiasa di sisi awak..
*jangan dengar apa yang orang nak cakap tentang hubungan yang pernah kita bina


awak tahu tak saya pernah merancang sesuatu tuk awak tapi mungkin tak kesampaian,antaranya:
-saya nak sambut hari lahir awak dengan membuat kek khas untuk awak
-saya nak sambut hari perkenalan kita
-saya ingin berbuka puasa dan beraya dengan awak
-saya nak sangat tangkap gambar dengan awak
-saya nak sangat kenalkan awak kat kawan-kawan saya tapi malangnya tidak kesampaian

saya tahu apa yang saya inginkan tidak kesampaian.
saya terima semua ini  awak..
mungkin jodoh saya ingin bersama awak tak panjang..
awak tahu tak setiap yang kita lakukan bersama masih segar dalam ingtan saya..
kita pergi kl bersama,
kita lepak kat kedai mamak
kita berjalan bersama berdua,
awak tolong hantarkan kawan saya
saya ingat lagi pengorbanan awak kat saya,
banyangkan awak balik kerja dari ipoh,pastu ambik saya dan kawan-kawan
di kuala kangsar pastu hantar ke ipoh,
pastu awak hantar balik kawan-kawan saya ke kuala kangsar dan kemudiannya
awak hantar saya balik ipoh dan awak pulang ke rumah awak di manong.
kita sambut new year bersama,tapi saya sedih sebab itulah kali terakhir saya berjumpa dengan awak..
namun saya tetap bahagia kerana awak  !

TERIMA KASIH AWAK KERANA PERNAH MEMBERI SAYA BAHAGIA WALAUPUN SEMENTARA ~~

Saturday, February 4, 2012

saya berkecil hati dengannya..

assalammualaikum semua..
tajuk entry kali ini macam orang yang baru putus cinta kan??
tapi sebenarnya,TIDAK..
cik zati tidak bercinta macam mana nak berkecil hati dengan kekasih pulak kan?
tapi cik zati berkecil hati dengan kawan cik zati lorh.
sedih sangat sekarang ini,
dia pergi tinggalkan cik zati begitu lama..
sudah sebulan kami tidak berhubung gara-gara dia terpaksa ke luar negara.
ke luar negara bukan alasan tuk dia tidak terus berhubung dengan cik zati,
cik zati sendiri tak faham kenapa dia berubah sekarang..
adakah dia telah menemui seseorang yang boleh mengantikan tempat cik zati?
tak mengapalah sekiranya dia telah menemukan seseorang yang baru di hatinya,
tetapi,cik zati mohon kepadanya agar,berterus-teranglah.
kerana cik zati tak nak terus berharap pada orang yang sudah berpunya.
cik zati tahu,cik zati akan mengambil masa yang lama untuk terus melupakan awak,
tetapi,kalau itu yang awak mahukan dari cik zati,
cik zati akan cuba...
tapi,cik zati sangat bersyukur kerana TEMAN-TEMAN cik zati sentiasa di sisi
untuk membantu cik zati melupakan awak..
cik zati berharap agar mereka ini,
akan membantu cik zati melupakan awak..

p/s: sori termasuk sekali gambar cik zati...
anyway, tengss yek korang sebab sentiasa ada kat sisi cik zati bila cik zati perlukan korang..
korang adalah sahabat cik zati yang paling cik zati sayang..
hanya korang jer yang faham isi hati sahabat korang ini..
walaupun,cik zati selalu menyusahkan korang,
tapi korang tak pernah nak abaikan cik zati..
malah,korang sentiasa memberi dorongan kepada sahabatmu yang lemah ini..

tengss jugak sebab tolong cik zati melupakannya..
kerana cik zati dah tak sanggup menyeksa perasaan sendiri..
tak sanggup di tinggalkan bersendirian sebegitu lama...
kerana diri ini perlukan seseorang yang boleh menyanyangi sentiasa di sini...