BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, November 6, 2011

BAHAGIA BERSAMA TEMAN TERSAYANG

Hai semua ! Apa khabar? Harap korang semua sihat di samping keluarga dan teman tercinta.
Sejak dua menjak ini, Cik Zati makin rajin tuk update blog ini.
Almaklumlah tengah cuti semester katakan.. Tak tahu nak buat apa,so masa lapang Cik Zati hanyalah di hadapan netbook TERCINTA.
Tapi masa Cik Zati update post kali ini, Cik Zati bersama teman tersayang di McDonald's Medan Gopeng ..
HUHU..bukan senang Cik Zati dapat lepak ngan kuar ngan kawan-kawan nie. Nasib la,parents bagi.
Almaklumlah kan,dah besar panjang. Dah pandai jage diri tuh. tapi Cik Zati masih lagi takut-takut nak keluar.
HUHU..Cik Zati cuma boleh balik sebelum pukul 12 malam. Fuh,kira oke lah tuh.
Jum kita layan beberapa gambar Cik Zati bersama teman tersayang iaitu Yazreen Yazid & Rara Razak..;))
Cik Zati and Yazreen
Rara Razak and Cik Zati

Kami bertiga- Yazreen Yazid, Rara Razak, Cik Zati


Kami bertiga sangat bahagia. kami bercerita dan mendengar masalah antara satu sama lain. Walaupun Cik Zati telah melanjutkan pelajaran di Kuala Kangsar dan Rara Razak melanjutkan pelajaran di Damansara,dan Yazreen Yazid telah menyambung pelajarannya di tingkatan 6 namun, persahabatan kami tetap akrab. Sekiranya Cik Zati dan Rara Razak bercuti,kami pasti akan menghabiskan masa bersama. kerana kami yakin persahabatan kami tiada galang gantinya. Andainya diantara kami telahh berpunya suatu hari nanti,kami tidak pernah mengabaikan persahabatan yang telah kami bina selama bertahun-tahun lamanya. Walaupun kami mempunyai sahabat di tempat kami belajar, namun kami tidak pernah melupakan persahabatan kami ini. Kamu yakin,hanya sahabat sahaja yang mampu membuat kami gembira dan ada disisi kami bila kami berada dalam kesedihan. 
Sekarang ini kita layan lagi gambar kami bertiga ketika melepak bersama...

McDonald's Medan Gopeng
Kami gila bergambar-Kinta City,Ipoh Perak
Sahabat Terbaikku !
Bahagia apabila bersama mereka berdua !
Sayang korunk sangat!!! <3 <3
SAYANG KORUNK KETAT-KETAT..
KORUNK SAHABAT CIK ZATI DUNIA DAN AKHIRAT !!

Tuesday, November 1, 2011

MENCINTAI TAK BERERTI MEMILIKI

Firstly nak ucapkan Selamat Datang bulan November dan Selamat Tinggal Bulan Oktober.
Nampaknyer kita hampir ke penghujung tahun 2011. 
Tinggal sebulan jer lagikan kita akan melangkah ke tahun baru 2012.
Macamana dengan korang punya azam 2011,dah tercapai ker?
Kepada yang belum capai itu,anda masa dua bulan sahaja lagi untuk mencapai azam korang semua...
Ok,sekarang ini Cik Zati mahu bercerita tentang MENCINTAI TAK BERERTI MEMILIKI.
Perkara ini berlaku pada diri Cik Zati sendiri dan Cik Zati rasa nak share ngan pembaca blog Cik Zati ini.
Cik Zati dah menulis note pada FACEBOOK Cik Zati,sekarang apa salahnya pula Cik Zati berkongsi dengan pembaca blog Cik Zati.
apabila kita menyayangi dan mencintai seseorang tak bererti kita akan dapat memilikinya. tak mungkin kita dapat menakluki hatinya kerana semua ini sudah tertulis dia untuk siapa dan kita untuk siapa,namun setelah bertahun lamanya pintu hati ini tertutup kerana ingin memiliknya menjadi sia-sia apabila orang yang di tunggu-tunggu selama bertahun lamanya sudah sah menjadi milik orang lain.mampukah kita melawan takdir?melupakan orang yang amat kita sayang dan cinta amat susah tambah pula dia terlalu dekat dengan diri kita.lamanya terputus hubungan dan dalam masa yang sama mengambil keputusan dengan melupakan dia sedikit-demi sedikit tetapi hanya sebahagian sahaja yang mampu aku melupakanya.namun dari apa yang dia menceritakan kepadaku,dia sedaya upaya untuk berhubung kembali denganku,tiap-tiap waktu kerjanyaa(seorang polis) dia pasti akan ronda di sekitar taman aku dengan harapan supaya dapat bersua muka kembali setelah bertahun lamanya terputus hubungan. nama dan nombor telefonnya sentiasa aku sematkan di dalam hati aku dengan harapan dapat bertemu kembali. semuanya berubah apabila suatu petang sewaktu aku berjalan di sekitar taman aku,aku terserempak dengannya setelah bertahun lamanya tidak bertemu.alhamdulillah dia masih mengingati rumahku lagi walaupun sudah 3tahun yang lepas dia datang ke rumah dan memberikan kek lapis yang khas dari sarawak.setelah terserempak dengannya terdetik di hati ini ingin menghubunginya kembali setelah bertahun ku sematkan nombor telefonnya dalam diri ini.ketika memulakan perbualan,aku telah menatakan bahawa aku telah tersalah nombor padahalnya,itulah nombor yang berada dalam diri ini.semasa perbualan telefon,aku bertanyakan sama ada dia rindu kat ku atau tidak kerana dia memberitahu bahawa dia terlalu ingin bertemu denganku,namun jawapan yang di berikan agak berbeza,dia menyatakan sayang pada aku.aku agak terkejut namun hakikatnya aku terlalu gembira kerana memang itulah yang aku nantikan selama ini.sayang aku padanya tak pernah pudar begitu juga dengan dirinya..kami telah membuat keputusan utuk berjumpa walaupun hanya setika kerana dia berada dalam waktu kerja.setelah itu,kamu telah berhubung tetapi dalam waktu tertentu kerana dia adalah milik orang.namun keadaan telah berubah dengan serta merta apabila 'orang rumah' dia tahu bahawa kami telah berhubung.dengan secara automatiknya,kami telah terputus hubungan kembali. aku telah membuat keputusan supaya ingin buang dirinya jauh dari diriku ini. tapi mampukah aku?berjayakah aku melupakan orang yang amat aku sayang dan aku tunggu selama ini??kuatkah aku menerima dugaan yang ENGKAU berikan pada ku ini?telalu besar ujian dan dugaan yang engkau berikan padaku.walaupun sayang aku pada dia masih kuat,aku akan cuba untuk melupakannya.biarlah hanya aku seorang sahaja yang menggung rasa sayang dan cinta ini..tak mungkin akan aku lupa dan musnahkan rasa sayang yang selama ini aku pendam kerana aku terlalu amat mencintaimu.aku doakan kebahagian kamu disamping keluarga dan orang yang amat kamu sayang sekang.takkan ku lupa kenagan yang kita cipta 4 tahun yang lepas.hanya kamu sahaja di hati aku !!!



Jadi pengajaran yang kita boleh perolehi ialah,jangan terlalu mengharap pada orang yang telah berpunya.Dia telah pun menjadi milik tetap seseorang yang sah bergelar isteri,selain itu,jangan ucapkan sayang sekiranya anda tahu status diri anda itu kerana itu akan memberi sedikit harapan pada sesiapa sahaja yang anda ungkapka itu.Anda juga di nasihatkan supaya menjauhkan diri pada yang pernah anda sayang tetapi sudah mnejadi milik tetap seseorang itu kerana perasan itu akan menambaahkan kesengsara anda kerana anda pernah mencintia dan menyayangi si dia...