BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN KEPADA SEMUA

Kini sudah sebulan kita menunaikan perintah yang wajib kita tunaikan iaitu BERPUASA selama sebulan di bulan yang sangat mulia di bulan RAMADHAN ini..
RAMADHAN merupakan bulan yang sangat di tunggu-tunggu oleh semua umat yang beragama islam kerana dapat menunaikan RUKUN ISLAM yang ke 3 iaitu BERPUASA di bulan RAMADHAN..
Selain berpuasa di bulan yang sangat mulia ini bulan RAMADHAN, kita juga sebagai umat islam disunatkan untuk menunaikan solat tarawikh di malamnya di masjid dan surau-surau berhampiran secara berjemaah selain itu dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara umat islam di sekeliling kita.
Selain itu, kita juga di ingtakan supaya membuat amal kebajikan seperti bersedekah, dan berbuat baik sesama kita. 
Tak lupa juga kita juga diwajibkan membayar ZAKAT kepada yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam,
ZAKAT merupakan perkara yang wajib dan di tuntut semasa kita berada di bulan RAMADHAN.
Kita juga di nasihatkan supaya tidak melupakan kepada yang memerlukan seperti anak-anak yatim,orang-orang miskin dan ibu tunggal supaya mereka juga akan merasakan diri mereka di hargai.

Kini bulan RAMADHAN semakin sampai ke pengakhirannya,
Namun kita diingatkan supaya tidak melakukan sebarang pembaziran yang sangat di benci oleh ALLAH S.W.T. 
Ada di kalangan kita akan berasa seronok kerana kita akan mengakhiri bulan RAMADHAN namun ada juga dikalangan kita yang berasa sangat sedih dengan berakhirnya bulan yang lebih baik dari seribu bula iaitu bulan RAMADHAN.
Seperti yang kita tahu,segala amalan kita semasa di bulan RAMADHAN adalah amalan yang diterima oleh yang MAHA ESA dan merupakan bulan yang TERBAIK dari bulan-bulan yang lain.

Kini,akan munculnya bulan selepas bulan RAMADHAN iaitu bulan SYAWAL.
Bulan yang kita bermaaf-maafan antara satu sama lain,
Antara yang muda dan yang tua,
Antara yang kecil dengan yang muda.
Selain itu, dibulan SYAWAL juga kita diingatkan supaya kunjung-mengunjugi anatara satu sama yang lain dan bermaafan sekiranya ada perkara yang kita sendiri tak sedar yang kita telah lakukan.
Dengan ini,saya menghulurkan sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa,terguris hati kepada semua tanpa saya sendiri sedar,
Salam diberi,hulur diminta..



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA PEMBACA DAN UMAT ISLAM WALAUPUN ANDA BERADA DI MANA SAHAJA..