BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAM AL-MUBARAK


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
KEPADA SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM DISELURUH DUNIA.
SEMOGA RAMADHAN KALI INI PENUH BERMAKNA BUAT KITA SEMUA.


Alhamdulillah diucapkan kerana di beri keizinan untuk memunaikan ibadat puasa pada tahun ini.
Bersyukur pada hadrat illahi kerana di beri kesihatan dan umur yang panjang.
Pada tahun ini Zati,Zati berpuasa yang berjauhan dengan keluarga tersayang.
Pada mulanya agak bersedih,namun perlu dikuatankan juga.
Tapi insyallah sekiranya ada kelapangan Zati akan pulang dan berbuka bersama kelurga.
Akan tetapi Zati agak merindui saat-saat bersahur dan berbuka bersama keluarga.
Bayangkan yang Zati tak pernah berpuasa dan bersahur tanpa keluarga di sisi..
Tak tahu la siapa yang akan kejutan Zati bersahur bila berada di kolej nanti.??
Tak tahu siapa yang akan sediakan makanan yang sedap-sedap bila berada di sana nanti....
Ya Allah,kuatkanlah Hambamu ini untuk memunaikan ibadat mu tanpa keluarga disisi...
Mungkin ada kawan-kawan disisi tapi sama ke keluarga dengan kawan-kawan??
Siapa yang nak bawak g bazar ramdhan dan pilih makanan kegemaran??
Akan tetapi Zati nasihatakan pembaca agar tidak membazir kerana membazir itu amakan syaitan..
Kat rumah pulak siapa yang nak sediakan juadah yang telah di beli di bazar??
Mungkin ini merupakan pengalama yang perlu Zati lalui sebagai seorang pelajar yang jauh dengan keluarga...
Tapi yang paling Zati sedih bila nak menyiapakan persiapan dan membuat kuih raya...
Namun Zati perlu kuat dan tabah kerana menunaikan ibadat yang wajib kita tunaikan sebagai umat islam di muka bumi ini...
Sekali lagi Zati nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 
kepada semua umat islam dan janganlah membazir pada bulan yang cukup mulia ini..
Amalan membazir ini amat dilarang sehingga orang yang membzair itu disamakan dengan saudara syaitan.
Firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah golongan yang ingkar pada Tuhannya" (surah al-Isra'-ayat 27)




Tuesday, July 19, 2011

HARI JADIKU TANPA KELUARGA DISISI...

Assalammualaikum kepada semua pembaca blog Cik Zati ini..
Apa khabar semua??harap sesangat semua dalam keadaan sihat di samping orang tersayang...
Kepada yang kurang sihat 2, g la klinik jumpe doktor yekk..heheheh..:D

Terima kasih diucapkan kepada yang mengucapkan 'HAPPY BIRTHDAY kat Cik Zati pada 12 Julai ari 2..
Sudah masuk 19 kan Cik Zati ini...
Dah tua rupanya tapi still lagi nampak muda..
Jangan wisau yekk..HEHEHEHE...:)
Nie hah Cik Zati nak cerita pengalaman birthday bila keluarga tersayang tak ada di sisi..;(
Almaklumlah kan dah masuk belajar nie..
Susah sikit nak sambut birthday bersama keluarga  tersayang..
Namun alhamdulillah apabila TEMANKU yang tersayang,WAN NUR LIYANA MAHFUZAH buat kejutan  pada malam 12 Julai tuu...
Mula-mula memang tak jangka yang kejutan macam ini akan di rancang oleh teman baikku sendiri..
Yang paling tak sangka bila Maksu Timah, Cik Siti, Yana Junior dan Diba Junior jugak berkomplot untuk mengenakan Cik Zati pada malam tuuu..
Mana taknya,Cik Zati di tuduh membawa mulut serta memburuk-burukkan Yana Junior dan Diba Junior ini pada budak lain,padahal memang Cik Zati tak lakukan perkara tersebut...
Keadaan menjadi lebih tegang apabila TEMANKU sendiri menyatakan bahawa,ada perkara yang dia tak puas hati dengan Cik Zati...
Pada masa itu perasaan ku terasa ingin berhenti dari kolej ini jer..
Namun,setelah jam telah menujukkan pada pulul 12.05 malam,
Cik Zati telah di kejutkan dengan sambutan yang telah dirancang oleh orang yang Cik Zati sayang-Wan Nur Liyana Mahfuzah.
Yana telah menempah cup kek yang sangat cantik dan sedap dari IPOH hanya untuk Cik Zati..
Terima kasih sangat Cik Zati ucapkan pada semua yang terlibat dalam menjayakan lakonan yang dibintangi oleh WAN NUR LIYANA MAHFUZAH,MAKSU TIMAH,CIK SITI,YANA JUNIOR DAN DIBA JUNIOR.
Walaupun keluarga tersayang tidak bersama pada hari lahirku,namun teman yang paling istimewa dan yang Cik Zati sayang berada disisi Cik Zati pada malam tuu..
Cik Zati ingin berterima kasih kepada Wan Nur Liyana Mahfuzah dan Maksu Timah atas pemberian present yang sangat istimewa dan berharga buat Cik Zati...
Cik Zati akan simpan kenangan itu untuk selamanya..
Tak pernah rasanya sambutan yang sangat istimewa di sambut oleh TEMAN-TEMAN seperjuangan di kolej ini...
CIK ZATI SAYANG SANGAT KAT KORANG SEMUA !!!!!

Wednesday, July 6, 2011

CERITA TERKINI TENTANG KAMI ...

Assalammualaikum kepada semua pembaca blog ini..;)
Apa khabar korang semua???
Harap semuanya sihat dan berbahagia bersama orang yang tersayang....
Sori la sebab lama jugak la tak postkan entry yang baru...
Bukan apa,sibuk dengan kelas lagi, asgmnt yang agak banyak dan juga keadaan netbook yang baru diubahsuai..
Anyway terima kasih buat kawan zati yang telah menolong zati dalam menyelesaikan masalah yang agak buntu ketika itu...
Mana taknya,dah la ada kat kuala kangsar,tak tahu la nak hantar netbook ini untuk diperbaiki kat mana...
Nasib baiklah kawan yang agak baik jugak lah MUHAMMAD FAISAL BIN ALIAS banyak membantu zati dalam menyelesaikan masalah ketika itu,,
Terima kasih banyak-banyak.....
Kalau tak ada faisal,zati tak tahu nak minta tolong kat spe lagi dah..;)
Ini barulah di namakan kawan apabila dapat membantu kita dalam susah dan senang...
Tak macam sesetengah orang tu yang akan ada bila kita berada dalam keadaan senang dan hilang apabila kita di landa kesusahan..
Biasalah manusia zaman ini...
Buat 2 orang sahabat iaitu FAISAL dan KHAIRUL,korang adalah sahabat yang paling best la..
Harap-harap hubungan persahabatan kita tak putus di tengah jalan seperti yang pernah berlaku sebelum ini dengan student kolej ini jugak...
HAHA....
Anyway,zati nak berterima kasihkat korang kerana kalau korang tak bukak blog zati,mungkin zati tak postkan tentang diri korang..
Ini pun berlaku masa kelas amali PTM(Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat)
Korang memang terbaiklah..
Lepas ini korang ley la search nama korang kat google lak kan,,
Jumpa x??
Tak ada lah korang search nama MAHFUZAH jer kan..ahahahha....:D