Entah mengapa la,
Tetiba jer terasa rindu kat semua kawan-kawan lama..
Bulan nie banyak benar merindui orang la..
Pelik jugakkan??
Yang bertambah peliknya,
Bila merindui kawan-kawan sejak dari sekolah rendah lagi..
Tapi,alhamdullilah,hasil berkat dan usaha mencari balik kawan-kawan lama akhirnya berjaya..
Apabila di temukan di FACEBOOK...
Gambar ini merupakan gambar Zati masa darjah 1..(tahun 1999)
Wow! dah lama giler beb gambar nie..
Gambar masa zaman kanak-kanak..
Hiihihii....
Rindu giler Zati @ Farah kat korang semua..
Zati @ Farah harap sangat dapat lepak dan berjumpa dengan korang balik..
Teras rindu yang teramat sangat kat korang..
Pada sesiapa yang pernah bersekolah di SK Pengkalan Pegoh antara tahun 1999-2004,
Add la Zati @ Farah kat FB yekk..
N pada sesiapa jugak yang mengenali Zati @ Farah boleh la add...
Tapi yang paling penting Farah @ Zati ingin bertemu kembali kawan-kawan yang pernah 1 kelas dengan Farah @ Zati...
Ini merupakan senarai kelas yang pernah farah @ zati belajar di SK.Pengkalan
1999-Tahun 1: 1 PLUTO
2000-Tahun 2 : 2 HARAPAN
2001-Tahun 3 : 3 HARAPAN
2002 -Tahun 4 : 4 GEMILANG
2003- Tahun 5 : 5 GEMILANG
2004- Tahun 6 : 6 GEMILANG
Zati @ Farah bukan setakat merindui kawan-kawan di sekolah rendah,
malah kawan-kawan di sekolah menengah tersangat la merindui mereka..
Bayangkanlah...
Selama bertahun menghabiskan masa bersama-sama..
Tapi selepas tamat tingkatan 5,
Semua buat hal masing-masing..
Ada yang menyambung pelajaran,Ada yang bekerja dan Ada yang dah kahwin agaknya..
Al maklumlah,terputus hubungan,
namun tak semuanya putus hubungan,ada yang masih farah @ zati berhubung kerana kami telah sama-sama melalui susah senang bersama selama 5 tahun semasa belajar di peringkat sekolah menengah...
Tapi teman-teman di sekolah menengah,
Ada luangkan masa bersama-sama...
Walaupun kami telah menyambung pelajaran,tetapi hubungan persahabatan yang kami bina selama 5 tahun masih lagi dapat di kekalkan sehingga ke hari ini...
Farah merindui korang sangat-sangat...
TEMAN TERBAEKKU...
ASNIDA,SITI NAZURAH,YAZREEN,NUR ADILAH FATIN,NORNADIRAH,
Bila agaknya kita dapat melepak bersama-sama seperti dulu??
Takkan nk tunggu salah seorang kita kahwin baru dapat lepak macam dulu??
Farah merindui nak gelak,menagis dan lepak bersama-sama...
Bukan tu jer,
Zati jugak merindui teman-teman seperjuangan dengan zati di kolej...
Zati amat merindui korang semua..
Cuti semester yang lama membuatkan kerinduan terhadap korang semakin meninggi...
Kenapalah semasa cuti semester ni korang semua senyap jer??
Korang taknak kuar ker??
Maner tak rindunyer,masa kat kampus 2,kita menghabiskan banyak masa bersama-sama..
24 jam kita bersama..
Makan,belajar,tidur,gelak,menangis bersama-sama..
Tak sabar rasanya nak menemui korang di semester akan datang..
Harap sangat kita akan seperti dulu..
Takkan berpecah walaupun apa yang bakal terjadi...
Kerana korang adalah TEMAN yang terbaik.
Especially kat WAN NUR LIYANA MAHFUZAH dan NATASHA...<3 u so much !!