BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, October 31, 2010

Outing Bersama Temanku !

Assalammualaium & Selamat Sejahtera Kepada Semua Pembaca Blog Farah...



Seronoknya bila dapat keluar bersama TEMAN BAIKKU..
Walaupun time sekolah dulu kami ada salah faham,

Namun itu tak perrnah mengugat persahabatan kami..
Biasa la zaman persekolahan kan...
Namun,kini suda kami lupakan...
Setelah berbulan kami merancang untuk keluar bersama,
Akhirnya dapat jugak..
Walaupun agak sedih kerana TEMANKU yang lain masih lagi di tempat belajar masing-masing...
Insyallah,aku berharap nanti kami dapat keluar beramai-ramai...
Mesti seronok dapat berkumpul bersama TEMAN-TEMAN...
Aku yakin pasti akan tiba saat-saat terindah tu...
Semalam aku hanya sempat outing dengan YAZREEN sahaja...
Sebab TEMAN yang lain tiada di IPOH..
Walaupun hanya kami berdua namun tetap happing !
Maner taknyer,kitaorang keluar kul 11.30 pagi 2
Dengan dihantar dengan mak aku..HUHU...
Setibanya kami di sana,kami membuat keputusan untuk berjalan dahuli di bahagian atas...
Memang besttt....
Dalam jalan-jalan,kami masuk sebuah kedai di bahagian atas,
Terdapat banyak baju cantik-cantik...
Bukan mahal pun ..RM15 jer..
Apa lagi aku ambi la sehelai,Yazreen ambil sehelai...
Setelah mendapat baju yang kami mahukan...
Kami membuat keputusan untuk menikmati makanan di
MARRYBROWN IPOH PARADE...
Kami berjalan di sekitar IPOH PARADE 2...
Pada mulanya,Kami mahu pergi ke GREENTOWN MALL sebab aku nak cari tudung,
Tapi memandangan jam sudah menunjukkan pukul 3.30 kami membatalkan niat kami tu..
Akhirnya,kami membuat keputusan untuk menonton wayang sahaja...
Kami membeli tiket pukul 5 cerita CUTI_CUTI CINTA lakonan Nora Danish bersama Farid Kamil...
Best jugak jalan ceritanya...
Tapi yang paling bestt sebab panggung tak berapa penuh...
Kami keluar dari panggung pukul 6.30..
Setelah keluar,mak aku telefon tanya nak balik pulul berapa???
Mak aku datang ambil pada pukul 7.30,
Sempat lagi la aku bersama YAZREEN berjalan-jalan
& sempatlah aku membeli kerabu mangga..HAHAHA
Mak aku cakap nak terus pergi TESCO,
Nak beli barang dapur,
YAZREEN lak okey,nak ikot tapi aku risau mak dia marah lak...
Tapi die cakap,dia dah bagi tahu mak dia....
Setelah habis membeli barang dapur,
Kami pun singgah la di DATARAN IPOH untuk mengisi perut yang telah kekosonga itu!
Akhirnya kami tiba di rumah pada pukul 11.30 malam...
Fuhhhh !!! memang memenatan tapi memag seronok...



**Harap lepas ini,dapat keluar bersama TEMAN-TEMAN yang lain**

Friday, October 29, 2010

10 Cara Menghadapi Pasangan Cemburu.

Let's check:

1.
Terima hakikat bahawa sifat cemburu pasangan anda adalah masalah anda juga.Jadi,apa yang perlu anda lakukan adalah berfikiran positif dan mengawal fikiran anda dalam apa jua bentuk keadan sekalipun.

2. Anggaplah masalah ini adalah untuk menguji sama ada anda mampu atau tidak menghadapi masalah yang lebih berat pada masa hadapan terutamanya dalam mengharungi alam perkahwinan.

3. Berikan masa kepada dirinya dan diri anda sendiri untuk menubah keadaan kepada yang lebih baik kerana ia tidak mungkin berubah dalam masa yang singkat.

4. Jangan berputus asa dalam menyakinkan si dia bahawa andalah satu-satunya miliknya.

5. Pujilah dirinya jika perlu dan sentiasa membuatkan dirinya berasa begitu penting dalam hidup anda. Contohnya, selalu meminta pandangan darinya sebelum melakukan sesuatu.

6. Terima hakikat bahawa tiada manusia sempurna dalam hidup ini.

7. Jika si dia sedang menunjukan tanda-tanda cemburu,mungkin anda tidak perlu menjawab setiap persoalanya sebaliknya mendiamkan diri dari terus bertekak dengannya.

8. Terima hakikat bahawa si dia bukanlah bertindak untuk menyakiti anda sebaliknya anggaplah itu adalah sifat semulajadinya.

9. Jangan sengaja hatinya dengan memuji lelaki lain di hadapannya keana ini hanya akan menyukarkan lagi keadaan.

10. Jika anda sudah berusaha sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini,namun tidak berjaya juga,maka pakar kaunselling adalah orang paling sesuai untuk berjumpa bagi menyelamatkan hubungan anda berdua.

Thursday, October 28, 2010

Alamak! Nak Layan Jap Lagu Ini....

http://www.youtube.com/watch?v=A_Sp_qSG_zY

Aku tak ingin,
Kau menangis bersedih,
Sudahi air mata darimu,
yang aku inginkan,
Arti hadir diriku,
Kau menghapus dukamu,
Sayang,
Kerna bagiku,
Kau kehormatanku,
Dengarkan,
Dengarkan aku,
Hanya Satu pintaku,
Untukmu & hidupmu,
Baik-baik sayang,
Ada aku untukmu
Hanya satu pintaku,
Disiang & malammu,
Baik-baik sayang
Kerna aku ada untukmu,
Semua keinginan,
Akan aku lakukan,
Sekuat & semampuku,
Sayang,
Kerna bagiku,
Kau kehormatanku
Dengarkan.
Dengarkan aku,
Hanya satu pinta ku,
Untukmu & hidupmu,
Baik-baik sayang,
Ada aku untukmu,
Hanya satu pintaku,
Disiang & malammu,
Baik-baik sayang,
Kerna aku untukmu,
Hanya satu pintaku,
Untukmu & hidupmu,
Baik-baik sayang,
Ada aku untukmu,
Hanya satu pintaku,
Disiang & malammu,
Baik-baik sayang,
Kerna aku untukmu,
Hanya satu pintaku,
Untukmu & hidupmu,
Baik-baik sayang,
Ada aku untukmu,
Hanya satu pintaku,
Disiang & malammu,
Baik-baik sayang,
Ada aku untukmu.




*Bila didengar banyak kali,maksudnya sungguh mendalam**

Makan-Makan Di Johnny's Restaurant,Kinta City,Ipoh

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera Kepada Semua Pembaca Blog Ini




Farah nak ucapkan Terima Kasih banyak-banyak kat My Auntie n My Uncle..
Sebab sudi belanja Farah makan kat Johnny's Restaurant,Kinta City,Ipoh...
Lama jugak la Farah dah tak makan kat sini,
Alhamdullah,berkat makcik mengandung & mengidam nak makan Johnny's dapat jugak la Farah tumpang sekaki..HIHI...
Memang best la ANDA berdua...
Sebenarnya minggu lepas Farah pergi makan kat sini,tapi lambat sikit update kat blog
Sebabnya Farah baru ambil gambar kat makcik...
Kami pergi berlima,wif
Makcikku,Pakcikku,Opahku,Adikku & Aku...
Opah aku ini kurang sikit makan kat tempat-tempat macam ini,
Almaklumla,orang tua la katakan..HUHU...
Kami keluar dari rumah agak awal juga la,
& tiba disana pun awal,
Setibanya kami disana,pelayan mengambil pesanan kami,
Aku apa lagi,memlih untuk makan STEMBOAT,
Fuhhh....favorite aku tuuuu....
Aku juga telah memesan air kegemaran aku bila aku sampai disini,
Iaitu,Chocolate Milkshake..

Lepas habis makan,
Lokasi seterusnya,
Aku masuk ke kedai kasut Vincci,
Wah! banyak Sale!
Aku membuat keputusan untuk bejalan dalam Jasco dahulu
Makcikku katanya,nak tengok-tengok baju baby,,
Wah-Wah bestnyer !!
Setelah meninjau di bahagian baby,aku mengambil keputusan untuk kebahgian baju perempuan,
Wah-wah apa lagi,beli la baju,
Nanti cakap tak beli apa-apa lak kan..
HIHI...
Setelah membuat pembayaran baju,
Aku kini kembali ke kedai kasut Vincci,
Biasa la perempuankan,pantang tengok kedai kasut,
Mesti nak singgah punyer!
Aku telah mengambil keputusan untuk membeli sepasang kasut..
Wah9 kasut baru lagi,
Kasut yang kat rumah pun tak terpakai dah beli kasut lain...
Tak apalah,Bukan selalu pun kan?
Tambah lagi tengah ada SALE,
Sapu jer la...

**ini ada beberapa keping gambar semasa makan kat Johnny's**




*TENGSSS MY AUNTIE N UNCLE*

Friday, October 22, 2010

Akhirnya......

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog saya...

Alhamdulillah,
Akhirnya saya dapat juga menlanjutkan pelajaran ke peringat yang seterusnya...
Iaitu peringat DIPLOMA di sebuah kolej di Kuala Kangsar...
Inilah saat-saat yang saya tunggu,akhirnya termakbul juga akhirnya...
Walaupun kekadang itu agak pening tuk memikirkannya..
Saya telah dapat melanjutkan pelajaran ke peringat Diploma dalam jurusan PERAKAUNAN...
Di Kolej Islam Darul Ridzuan,Kuala Kangsar,Perak
Memang ini adalah cita-cita saya untuk meneruskan minat dalam jurusan PERAKAUNAN...
Saya memang minat dalam jurusan ini walau kekadang agak boring dan mengantuk..
Saya telah mengikuti jejak langkah makcik saya dalam bidang PERAKAUNAN..
Selain itu,Cikgu Perakaunan saya,PN.RUBIAH merupakan mentor saya dalam bidang ini...
Saya akan mendaftar di kolej berkenanan pada 8hb November 2010(Isnin)
Saya juga telah mempunyai beberapa orang kawan yang telah melanjutkan pelajaran disitu...
Malah,kawan masa sekolah rendah saya juga telah menyambung pelajarannya dalam jurusan yang sama...
Bersyukur sangat...
Sekarang ini,saya sudah mula sibuk membuat persiapan untuk ke kolej..
Agak pening juga sebab macam-macam barang nak kena beli dan settelkan...
Tetapi dengan berkat & pertolongan semua pihak,semuanya berjalan lancar..
Saya juga mungin selepas ini akan kurang online sebab sudah melanjutkan pelajaran,
Namun saya pasti akan memberikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa...
Doakan kerjayaan saya & keselamatan saya di sana k.....



I LOVE YOU ALL SO MUCH!!!

Saturday, October 16, 2010

Kau Masih Dalam Ingatan Aku....

Firstly,
Farah nak sedekahkan Al-Fatihah buat kawan farah-Hafiz-
Semoga rohnya ducucuri rahmat...
Farah sentiasa doakan dia di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman...
Farah tau dia dah tingglkan farah 4 tahun,
Walaupun farah tak pernah lupakan dia dalam diri farah tapi farah cuba nak lupakan dia...
Selama 4 tahun dia pergi tinggalkan farah,tetapi 3 tahun farah cuba lupakan kenangan farah bersamanya,
Namun dalam 2 3 hari ini farah tak tahu kenapa farah tiba-tiba teringatkan dia & kenangan farah bersamanya...
Sedihnya rasa hati ini...
Sampaikan setiap malam farah sebelum tidur pasti akan menangis sebab teringat kan dia..
Mungkin farah terlalu rindukan dia...
Farah sangat terkilan atas permiergian dia..
Farah ada membuat dia sedih,
Sebelum dia pergi buat selama-lamaya,
Dia pernah menyatakan bahawa dia sayangkan farah & mahukan farah menjadai perdamping dia,
Namun,farah telah menolak cinta sucinya,
Tapi hakikatnya farah terlalu menyayangi & mencintainya sehingga ke hari ini..
Kenapa kau pergi terlau cepat sehigga aku belum sempat menyatakannya...?
Kau pergi meninggalkan aku dengan keadaan yang terkejut...
Petang tu,aku menerima khabar dari seorang rakan bahawa kau terlibat dalam kemalangan & telah pergi buat selama-lamanya...
Maafkan aku kerana tak dapat ke pusaramu,kerana aku terlalu sedih & tidak sanggup kerana terlalu banyak kenangan kita bersama...
Aku berjanji dengan diriku,bahawa aku takkan melupakan dirimu,
Kau akan sentiasa di ingataan ku,
Kerana KAU BERGITU BERMAKNA DALAM DIRI INI...
Semoga kita dapat berjumpa apabila tiba masanya...
& maafkan farah kerana tak sempat menyatakan bahawa farah sangat mencintai,menyayangi,& merindui dirimu......

Friday, October 15, 2010

Inilah Berlaku Apabila Diriku Dilanda Keboringan Di rumah

Yahoooo !!
Akhirnya aku berjaya buat video nie sendiri...
Setelah berhari2 aku cuba tuk buat sendiri & mencari softwarenyer...
Apa lagi..bila dah dapat,berjam2 la jawabnya aku kat depan laptop nie..
Sampaikan nak makan pun aku lupa...
Hakhak....

Video nie aku tujukan tuk rakan2 yang aku sayang...
Aku sayang sangat kat korang...
Korang merupakan penyeri hidup aku selepas KELUARGA aku..
Korang pasti ada bila aku berada dalam kesusahan...
Aku tak nafikan bahawa hubungan aku ngan korang bukan sekadar rakan
Tapi dah macam adik beradik aku...
Aku harap hubungan kita akan kekal sampai bila2...
Video nie merupakan yang aku sayang sangat kat korang semua...
N aku harap korang x busan memberi nasihat n dengar masalah aku...
Korang jugak tak putus2 ingin tahu sekiranya aku ada masalah....
Tengsss sesangat...
Korang bergitu berharga dalam hidup aku...

Ha,
Nie video aku yang kedua selepas aku berjaya menyiapkan video aku yang pertama...
Video nie pulak aku tujukan tuk semua ahli keluarga aku....
Aku sangat berbangga sebab dilahirkan dalam keluarga yang cukup sempurna...
Tengsss to En.Johari n Pn.Zuraidah sebab menlahirkan & membesarkan kak ngah...
Insyallah,kak ngah akan belajar rajin2 & berjaya...
Kak ngah akan buat mak n ayah berasa bangga dengan kerjayaan kak ngah suatu hari nanti....
Dan wat keluarga yang lain,
Terima kasih sebab jadi penyeri kehidupan kak ngah....
Kak ngah sayang u all semua...!!


Sunday, October 10, 2010

Relakan dia pergi bersama pilihannya....

Sedih rasanya perasaan ini apabial terpaksa melepaskan orang yang kita sayang untuk seseorang yang dia sayang...
Nak buat macamner kan.??
Dah dia menyayangi perempuan itu...
Terima lah hakikatnya walaupun dulu dia penah menyatakan untuk pergi dari kehidupan perempuan itu...
Malangnya,dia sudah bersama perempuan itu kembali...
Bahagianya dia...
Takpa la....
Aku akan rasa lebih bahagia apabila tengok dia bahagia walaupun bukan dengan aku....
Aku tak boleh nak paksa dia untuk mencintai aku....
Aku tak boleh nak paksa dia untuk menyayanyi aku...
Tapi aku bersyukur kerana sekarang dia lebih bahagia...
Aku akan terus menunggu & menantimu setiap saat & detik...
Yakinlah bahawa cinta aku hanya untuk dia seorang...
Namun,seandainya kita tiada jodoh,aku terima semua itu....
Aku doakan kau bahagia di samping wanita yang kau pilih...
Sungguh hebat cinta kau terhadap dirinya...
Aku tahu kau sangat menyayanginya,aku yakin suatu hari nanti kau akan dapat cinta sejati kau daripadanya......

Friday, October 8, 2010

kenapa la ko buat aku macam ni......

Kekadang bila di fikirkan balik...
Aku menyesal dapat kawan macam ko 2 !!
Ko tau x,apa masalahnya...
Bila ko susah baru ko cari aku....
Tapi bila ko dah dapat apa yang ko nak...
Ko mula lupakan aku...
Dulu masa mula mula kita baru kenal,
Manis n cantik ko punya bahasa....
Tapi bila keinginan ko dah dapat,
Aku ko lupakan....
Ko memang tak tahu nak hargai kawan langsung...!!
Dulu,apa saja permintaan ko aku cuba tu penuhi...
Termasuklah ko dalam kesusahan walaupun aku tahu,
Benda tu jugak membebankan aku sendiri...
Tapi...
Sebagai kawan aku cuba jugak untuk jadi yang terbaik...
Tapi...
Pernah ke ko nak hargai aku?
Pernah ker ko nak anggap aku sebagai kawan??
Ko tau tak...
Kekandang aku cuba menyakinkan diri aku..
Yang ko betul-betul dalam kesusahan....
Tapi benda itu hanya menyedapkan hati & perasaan aku jer...
Hakikatnya...
Memang menyakitkan....
Aku tak minta ko tuk MENCINTAI aku...
Aku just minta ko hargai aku.....
Bila aku ungkit pasal semua nie...
Nanti ko marah aku balik...
Cakap apa yang aku wat tak ikhlas....
Tapi yakinlah..
Apa yang aku tulis nie,utuk memberi ko kesedaran supaya ko menghargai aku..
Itu jer yang aku mahukan....
Selama bertahun aku bersabar dengan sikap ko tau x....
Aku x tahu la lepas nie aku masih boleh sabar @ tak ngan sikap ko yang tak tentu pasal 2....
Sekiranya aku masih boleh bersabar,ko bernasib baik...
Kalau x...nasib ko la...

Sunday, October 3, 2010

Things that should be on the minds & things that do not have to mind

Macam macam benda yang saya harus fikir kan pada usia aku sekarang nie...
Yang paling penting dalam fikiran aku sekarang ialah,
:::KELUARGA
:::PELAJARAN
:::CARA UNTUK BERJAYA
:::MASA DEPAN
Ini merupakan perkara yang PALING penting yang harus aku fikiran..
Bukan benda benda yang merepek repek...
Sebab bagi aku perkara ni merupakan perkara yang sangat penting bagi seorang perempuan yang nak berjaya...
Bagi seorang remaja atau seorang pelajar perkara yang tak perlu difikiran ialah,
:::PERCINTAAN
:::LELAKI UNTUK DI SAYANGI(tak tmsuk ahli keluarga)
:::JIWANG
:::MENCINTAI@DICINTAI(antara makwe & pakwe)
Kerana benda benda macam nie lah yang akan membuatkan kita lalai & leka untuk memikirkan masa depan..
Selain tu jugak akan membuatan kita frust dan rasa dipermainkan....
Dari situ,mula lah tindakan yang tak diingini akan berlaku..
Tak salah kalau nak bercinta pada usia REMAJA tp jangan terlalu menyanyangi seseorang...
Kerana pada usia REMAJA kita akan bertindak luar jangkaan kita.
Oleh itu,elakkan diri dari terjebak dari kekecewaan,perkara yang boleh merosakan & masa depan yang lebih cerah...
Sekiranya,korang ada masa depan korang cerah,korang jugak yang akan senang...
Selain tu jgk,percayalah pada takdir & yakin lah bahawa korang akan mendapat JODOH yang TERBAIK,
Kerana tuhan telah tetapan JODOH korang semua !!


Friday, October 1, 2010

Aku Masih Sayangkan Dirimu....

Memang tak nafikan yang aku masih cinta kan DIA..
MySpace
Tapi...
Maaflah,aku xboleh nak teruskan hubungan kita macam dulu...
Aku belum bersedia nak pulihkan hubungan...
Aku takut di kecewakan lagi...
MySpace
Tapi hati aku masih ada kmooo....
Cuma aku takut dikecewakan macam dulu...
Aku tahu yang kamoo pun masih sayangan aku...
Kalau betol kmoo masih sayangkan aku,
Pasti kmoo akan tunggu aku sampai aku bersedia...
Monkey
Boleh kan???
Aku pasti,
Kalau kamoo betol betol sayangan aku lagi,
Kamoo pasti tunggu aku sampai aku bersediakan??
MySpace
Dalam hatiku tetap ada kmoo....
Aku yakin,
Suatu hari nanti kita akan bahagia seperti dulu...
Tapi..
Berjanjilah dengan ku,
Bahawa kamoo tidak akan menyakitan hati ini lagi...
Kerana hati ini sudah tidak tahan lagi untuk disakiti..
Berilah ia peluang untuk KEBAHAGIAN & KEGEMBIRAAN...
MySpace